Welcome to my blog, hope you enjoy reading :)
RSS

Tuesday, May 11, 2010

Insan Itu Hanyalah Insan Biasa...

Detik 11 Mei 1985, lahirlah seorang bayi kecil ke dunia.Tertutup matanya lantaran terpaksa menahan silauan cahaya alam fana. Dia sebenarnya terkeliru. Kenapa ketenangan dan kemewahannya di alam rahim ditarik dan dirampas? Kenapa perlu berhijrah? "Aku sudah selesa disini", ronta hatinya. Tangisan bayi itu bermula. Tanda protes dan ketidakselesaan menjejak ke alam baru. Rengekannya panjang. Berterusan. Tetapi bayi itu tertanya-tanya di dalam hati. Siapakah insan-insan di depanku ini? Mereka kelihatan gembira menyambut kehadiranku. "Kenapa? Apa yang telah aku perlakukan", Persoalan-persoalan itu dibiarkan berkubur bersama-sama memori lama itu.



Kini menjengah usia 25 tahun, bayi itu sudah membesar. Bergelar dewasa. Menjadi seorang insan yang dibentuk atas panji agama ISLAM dan memikul tanggungjawab sebagai seorang anak kepada kedua ibubapanya,seorang adik kepada abangnya dan juga seorang abang kepada adik perempuannya. Insan itu tersnyum. Insan itu kembali merenung perjalanan hidupnya. Banyak cabaran dan dugaan. Ada suka dan duka. Bermain,berlari-lari dan membesar seperti kanak-kanak yang lain. Proses yang sama dilalui insan lain. Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan. Insan itu bernasib baik. Lahir dengan sempurna anggota badan, cukup kasih sayang dan lengkap keperluannya. Malah,dia kini sedar alam rahim yang ditinggalnya punya sebab dan musababnya. Ada tugas berat yang perlu dipikul olehnya. Bergelar seorang insan, khalifah dan hambaNYA. Melengkapkan diri menuju ke satu alam yang bakal menentukan tempat hakikinya. Insan itu sedar,dunia ini hanyalah pinjaman dan sementara. Barang yang dipinjam pasti akan dipulangkan!!



Insan itu mula menghitung, sebanyak mana budi dan amalannya selama mendambakan diri di dunia ini? Baikkah tutur katanya?Apakah pengorbanannya kepada kedua ibu bapa, agama dan negara? Masih adakah 25 tahun yang akan datang untuknya? Insan itu memejam matanya. Cuba mencari wajah-wajah gembira ibu dan bapanya sewaktu menyambut kelahirannya dulu. Cepat sungguh masa berlalu. Kini usia mereka menjengah senja. Ada kedutan di wajah mereka. Tua pasti datang. Dan setiap yang bernyawa itu pasti menemui ajal. Itu janji Yang Maha Pencipta Sekelian Alam.



Terima kasih buat insan-insan yang mengingati tarikh kelahiran "insan itu". Selayaknya ibubapa juga patut dikalungkan dengan ucapan tahniah serta penghargaan kerana membenarkan 'insan itu' mengenal dunia.



~~Dedikasi khas buat kedua ibu bapa MOHD ABU BAKAR BIN HASSAN & NIK HILMANI NIK MAHMOOD~~

~~Buat abang yang sentiasa diingatan AHMAD FAHMI~~

~~Ditujukan juga buat satu-satunya adik perempuan ARINA~~

~~Untuk diri sendiri..Insan Itu...AHMAD FIKRI..hanyalah Insan Biasa~~





**Dikongsikan untuk tatapan rakan-rakan yang dikasihi dan disayangi selalu**


***Originally wrote by Ahmad Fikri***
p/s: Pinjam sat writing dia.. with permission k :)

Wednesday, November 11, 2009

Kawan AKU!

Macam-macam mak nenek kat dunia ni yang boleh berlaku kat kita kan... kalau x kepada kita, orang yang terdekat dengan kita.

Kawan...
Sahabat...
Teman...
Buddy...
Geng...

Macam-macan istilah orang beri terhadap orang yang rapat dengan kita.. antaranye seperti yang diatas la... Mungkin rmaai yang bertanggapan itu semua membawa maksud yang sama.. Tapi tak bagi aku.... Itu semua memberikan nilai nan berjuta maksudnya...

Hari ni aku keluar dengan kawan-kawan aku... Dikala aku sedang leka menghirup meninkmati limau ais di Georgetown yang berada di Alor Setar, ilham ku kembali menjelma... Terima kasih ya Allah...

Baik aku coretkan agar ia tidak lenyap begitu sahaja...

Andai hidup ini umpama
roda, pasti kini aku berada di tengah-tengah jejarinya...
Berada di tengah
sambil menyaksikan percaturan kehidupan yang kadang kala Mengkoordinatkan
aku
sanjung setinggi Bima di petala langit....
Namun adakalanya jua
aku pernah terjunam jauh terus ke teras permainan
itu...

Thursday, November 5, 2009

Ilham tImE Tgh MeEtinG...

Satu Laluan...

Laluan yang tak pasti...
Pasti menjadi nyata akhirnya
Jelas kecelaruan menghantui mimpi
Fikiran sangsi meruntun kesuma
akan pasti Hadirnya cuma sedetik..

Gimana mungkin ia kan pasti
Biarlah aku merengkuk memeluk kegelapam malam....

Thursday, October 1, 2009

DugaanNya... UjianNya

Bulan puasa tahun ni amat2 benar aku nantikan... x tahu la kenapa... rupa2nya keterujaan aku tu sebenarnya merupakan alamat akan berlakunya sesuatu kepadaku... sedang insan lain khusyuk menikmati bulan barakah, namun ak hanya mampu berpuasa selama seminggu sahaja...

ini semua bermula dengan adanya bendasing yang berada di saluran kencingku, tepat berada di bawah buah pinggangku. dengan saiz sebesar 2 cm, umpama cincin yang tersangkut di salur tersebut.
Alangkah chagianya jika ia boleh di sarungkan di jari ku...
just joking!

berada di wad bagaikan berada di tahanan..
walau hakikatnya aku x pernah merasai kehidupan di penjara...
nauzzubilla...
mintak di jauhkan...

malam tu...
ak berbuka dengan quacker oat...
then ak sambung balik wat projek dengan kekawan kat kampus...
datang pulak si din ni semangkok nenas..
mau x meleleh air liur ak ni melihat kekuningan yang memikat jiwa...
sebab penat n busy punye hall ak sempat capai 2 potong j...
yang lain ak tinggalkan untuk kekawan..
nak bermulanya cerita..
tepat jam 3 lebih...
of kos la tgh pagi bute..
sakitnye...
Ya Allah hanya die j yg tau...
maybe gastrik kot.
ak carila stok susu yg ak ade...
alamak........ kat umah Ain Amira. Aku pn call la die soh bawak susu.
kesian die... Dengan mamai2 die datang bwk susu. elok2 mate kuyu, nampak ak yg terdampar kat dapur cam ikan paus sesat tepi pantai tu, mate die terus buntang. x tentu hala die aku tgk. kalut pn ade gak.
kesian die... xp cute gak muke die time camtu..
huhu.. thankz Ain. lg 1 lg insan yg aku patut berterima kasih adalah KIMI..
thanx Kimi anta g spital sampai tertingl sahur ko. Hanya Tuhan yg mampu balas jasa ko.
One whole day ak terlantar dengn berulang alik g toilet.
Sampai ak rase nak tdo j kat toilet tu..
ak rase perut ni kosg, usus ak sakit sgt...asyik muntah j...
makan ubat, muntah. makan nasi xde selera, muntah jugak.
last2 ak x tahan aku ajakk ros g pusat kesihatan universiti UTHM.
sampai kat sana j, pas doktor periksa perut ak, sample darah aku di ambil untuk di analyse.
lepas result kuar, aku terus di bawa ke wad kecemasan, masuk air, maka masukla aku kedalam ambulan yg selama ni ak panggil 'memekak je'... huhu..
kat wad doktor datang ramai2 tanye soalan atu ini...
macam wat lawatan kat muzium la pulak.. yang penting artifak itu ak...
parent ak cam x satisfied la aku jd artifak kat situ..
den petang tersebut ak discharge dr situ.
maasuk la pulak kat PANTAI...
mmg best tempatnye..
xp klo dah sakit... emas permata dah xde gunenye..
seminggu ak kat situ, 5K ak melayang..

so hargailah kesihatan yg ad sebelum korang sakit...
INgt 5 seBeluuM 5...

Sunday, August 16, 2009

Kembali..........

Untuk kesekian lamanya aku meninggalkan ruanggan ini sepi tanpa wadah, lalu hari ini aku memutuskan untuk mengutuskan barang sepatah dua bait-bait kata untuk peninggalan sekian kali....

Setelah hari-hari yang berlalu, aku mulai sedar...Hidupku kini tak seperti dulu lagi. Aku mulai sedar akan tugasku sebagai anak, pelajar dan juga seorang muslimah. Aku mulai mengorak langkah untuk mencari satu langkah kejayaan bagi hidup ku. Langkah yang aku pasti untuk masa depanku dan juga keluargaku....

Telah banyak peristiwa yang terjadi padaku walaupun sedetik cuma. aku pasrah apa yang terjadi... Aku redha... memang ini telah tertulis untukku. Namun, apa yang pasti aku tidak harus kalah pada perasaan ku sendiri... kalah pada pergolakan nafsu yang hanya tahu menjurusku ke arah kesesatan.... Wahai Iman... kembalikanlah rasionalku pada yang Azali... Aku mahu di landasan yang benar. Agar mudah aku menuju destinasi hidupku... Wahai sang Ilmu... bimbinglah aku menuju cita-citaku. Semoga ia diberkati... Amin...

Aku prelukan cahaya... biar apa rupanya... yang pasti hadirnya bisa menerangi jalan gelap malamku.....

Sunday, July 12, 2009

Tari HidupKu...

Semalam,,,,
12/7/2009/Air Terjun Bekok,,,,

Hari tersebut merupakan hari dimana aku kembali menyambung hobi yang telah lama aku tinggalkan... dengan deruan air yang mengalir.. kicauan burung.. bunyi reriang yang menambat hatiku... aku kembali mencoret kata di atas sekeping kertas tua yang telah lama terlipat di poketkku.. dengan berbekalkan sebatang pensel dan kertas tersenut, aku mula mengorak langkah mencari hadirnya sumber di dalam hutan Bekok tersebut....

Lama ku nantikan munculnya kata di fikiranku. namun apa yang pasti, tanganku kaku tanpa tarian pensilku. Aku binhung ingin berbicara mengenai apa.... lalu ku utai kakiku mencecak ke kaki air yang leka mengalir... Dingin... sedingin mindaku... lalu ku pandang hadirin yang leka bermandi-manda tanpa sedar hadirnya diriku ini... mereka bahagia sekali....

Aku perlukan idea.... lalu tak semena-mena pena ku mula menari, mencoret sesuatu yang aku tak pasti butirannya... namun otakku menafsir.. "itu bukan sihir tetapi karya mentahmu yang kau hasilkan" aku bahagia sekali.. Akhirnya ia kembali. Kembali mencorak warna hidupku.

Dan akhirnya, maka terhasil lah ini....

Aku bingung...
Aku sangsi...
Hadinya yang tak terduga
Umpama taufan di hidupku
Mengubah rentak tariku
Sehingga pincang sepanjang lagu
Ku cuba lari mencari irama yang lain
namun...
Aku tetap kaku menari
Menari yang tak ku mengerti
Kenapa begini kisah tari ku
Tika waktu mencari yang pasti
Aku ingin tenang...
Aku ingin di danau...
Merani irama rimba
Berteman kehijauan taman sejati
Namun..
Langkaku tetap jua menari
Menari yang tak pasti akhirnya
Andai bisa hati patuh kepada sang minda
Pasti tariku tari gemalai
Tetapi yang pasti
hadirnya mengubah daya tariku
Duhai hati...
Dengarkanlah permintaan ini
Andai benar tercipta ia bukan untuk mu...
Maka damailah dikau dengan ketentuanNya...

Tari Hidupku...

Thursday, July 9, 2009

SEKETIKA DI DALAM BUS....

Seperti biasa, waktu hujung minggu aku x la berapa best sgt... masa-masa aku banyak di isi dengan perkara yang membosankan... kalau aku cakap kat Maru' yang aku tengah bosan mesti die cakap macam ni..."Nah amik Al-quran ni. Baca!" bertuah aku ade kawan macam dia.. bertuah betul!.

Nak pergi shopping jauh la sekali (sebab poket tegah kering)... Dengan tekad yang tak seberapa ni, Popie ajak kiterang g karaoke... Layan je la kan... nak di jadikan cerita kat sini, time on the way balik tu (of coz la kiterang naik bas), ade sesuatu yang menarik perhatian aku kat dalam bas tu.

Kalau kat tempat aku, aku dapati konductor bas die lelaki. tetapi bas yang aku naik tu konduktornye seorang wanita dalam lingkungan usia mak aku... aku tengok die... lincah, banyak berseloroh dengan penumpang-penumpang bas... aku rase macam ade sesuatu yang patut aku ketahui dari mak cik ni. aku panggil makcik la... dah lebih kurang mak aku je, tak kan nak panggil akak pulak...

Then sit kat sebelah aku ni kosong... die pun duduk la sebab penat berdiri... aku pun mula la berbasa-basi degan die. nak tnye kabar macam x masuk akal la pulak. ye la... org tengah ligat, segar bugar nak tanye lg ke sihat ke tak? kadang-kadang cam bangang gak soalan tu...
borak punye borak die ni rupanya ibu tunggal... aku tanye la die anak-anak die kecik lagi ke sampai die kene kerja sampai tengah malam macam ni... die reply, x la. anak-anak die dah besar-besar dah. yang paling kecik pun dan masuk U, kat UPSI. aku pn tanye "Dah tu kenapa nak susah payah macam ni lagi. Anak-anak kan dah besar?". Kadanag-kadang aku rasa nak cili je mulut aku ni. lancar sangat bertanya tanpa sempat otak aku analis data. Mak cik tu pun cakap yang die ni jenis yang tak boleh dok diam. die boleh sakit kalo x wat pape. ok...sekarang aku dah jumpe spesis mak aku yang tak reti duduk diam. Ade je bende yang dia nak buat....

Yang paling menarik dan yang menggerakkan kepala otak aku yang dah beku ni adalah cerita die selepas pemergian ayah untuk anak-anak die...
korang cube banyangkan die ditinggalkan dengan kosong. means die x de and xtau ape-ape. untuk sara lima perut termasuk perut die, die jadi konductor bas. anak-anak die time tu kecik lagi. aku memang tak dapat bayangkan lah kalau aku berada di kasut die.

die jugak pernah bawa sekali anak-anak die dok dalam bas, sebab xde orang nak jaga anak-anak die time g kerje. so, anak-anak die membesar dengan melihat susah payah mak die jual tiket kat dalam bas. walaupun dengan hanya menjual tiket dalam bas, tetapi die tetap berjaya menyekolah dan membesarkan anak-anak die sampai mereka hidup senang....

Mak cik tu cakap, die selalu pesan kat anak-anak die yang die tak nak mereka hidup lagi susah daripada die. aku rase semua ibubapa nak anak-anak hidup lebih senang daripada die betul tak. ye la bukan untuk menumpang kemewahan, tapi usaha die selama ni membuahkan hasil bila dapat melihat anak-anak berjaya depan mata. setuju x ibubapa sedunia?

Aku yang dilahirkan dalam keluarga yang berkemampuan, yang mana kata orang tu tak la sampai kais pagi, makan pagi. Kais petang, makan untuk esok plak... masih lagi tak bersyukur dengan apa yang parent aku dah bagi..
yela kalau x cukup duit just call mak aku then pop! akaun bank aku berisi kembali...
aku x pernah alami kesusahan cam anak-anak mak cik tu alami. agaknya kalo aku susah dulu mesti sekarang ni aku lebih beraka....
bukan maksud aku untuk tak bersyukur dengan keadaan aku.. tapi aku cuma mahu merasai, mengalami keperitan yang ade kat sekeliling aku ni supaya aku menjadi manusia yang lebih berakal....
ape pun, aku sangat bersyukur dengan kewujudan kedua ibubapa aku... sebab mereka la, adanya aku...
aku patut sedar yang aku bukan kecil lagi. aku dah mampu untuk sara @ bantu keluarga aku... tapi aku still lagi kat sini...

Menanti hadirnya yang tak kunjung pasti.....